Pengikut

Ahad, 13 Mac 2011

Jadi Rakan TRO.

Setelah apa yang berlaku kepada TRO yang diserang malwave tidak dapat TRO tangkis maka TRO terpaksa meninggalkan laman tersebut dengan penuh dukacita. Setelah berhempas pulas selama 4 bulan mendirikan laman TRO tanpa mengira betapa banyaknya masa, tenaga dan kewangan dihabiskan untuk TRO. Itu pun masih lagi terdengar suara-suara sumbang mengutuk, mengkritik malah sampai tahap memfitnah.

Jika mengikut keadaan sekarang ini pun saya sudah tidak mampu dari kewangan dan tenaga dalam menjayakan laman TRO. Apa tidaknya dalam masa 4 bulan sahaja pelaburan sebanyak RM 20,000 hangus dan itu belum lagi dikira masa dan tenaga. Adakala sampai 38 jam tidak tidur kerana asyik mengadap komputer.

Apabila TRO diserang virus, selama 5 hari saya berhempas pulas dengan berbagai cara tetapi semuanya hampa. Jika diikutkan hati, saya sudah tidak berdaya untuk meneruskannya lagi tetapi apakan daya atas permintaan ramai, saya gagahi juga untuk meneruskan.

Oleh kerana semua Follower telah saya buang maka anda bolehlah menjadi Follower TRO semula dan jika ada blog-blog yang terpadam bolehlah anda hantar kembali url-url anda kepada TRO. TRO juga akan mewujud satu lagi ranking iaitu Ranking Umum iaitu blog yang tiada kena mengena dengan politik dan blog yang mengiklankan perniagaan tidak akan disenaraikan.

Blog umum yang dimaksudkan ialah seperti blog Aku dan Teksi, Yastro, Aididleaks, Mobile 2 Go sebagai contohnya. Di sini juga pihak TRO memohon jasa baik anda tanpa mengira fahaman anda agar dapat membantu TRO untuk terus beroperasi. Derma anda boleh disalurkan melalui akaun CIMB Islamic A/C No. 08130000069100 (Husnaida AGro) atau hubungi TRO di h/p no. 013-4373537

3 ulasan:

  1. Welcome back bro... baguslah wujudkan lagi ketegori umum.. lebih bagus blog politik diletakkan dalam kategori politik saja.. tahniah kerana tidak putus asa..

    BalasPadam
  2. Wuhhh...banyaknyer rm lebur....sabo je la....

    BalasPadam
  3. tahniah kerana kuat semangat.jangan putus asa adik.kejayaan datang melalui usaha

    BalasPadam

Pihak TRO tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang dihantar. Ini kerana TRO tidak sesekali menapis komen yang anda hantarkan. Oleh itu janganlah menggunakan bahasa yang kesat atau lucah. Segala cadangan atau teguran akan diambil kira.