Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

TRO Akan Mula Beroperasi.

Sebelum ini pihak TRO ingin memohon maaf kerana kelewatan mengeluarkan senarai terbaru ranking blog pro kerajaan, ranking blog pro pembangkang dan ranking blog umum.

Sebenarnya kita hanya merancang tetapi segala-galanya adalah dari Allah s.w.t. yang menentukan. Memang tidak dinafikan dalam masa seminggu ini kesihatan saya benar-benar tidak mengizinkan kerana sakit lama menyerang kembali. Tak perlukan saya memperincikan tentang penyakit saya itu.

Sekarang ini saya sedang mengatur kembali blog-blog kerana masih lagi mempunyai kesilapan dalam senarai yang ada pada senarai TRO. Saya akan cuba mengeluarkan ranking terbaru dalam masa 3 hari lagi tetapi jika  ianya dapat dilakukan lebih cepat, maka cepatlah ketiga-tiga ranking itu akan dikeluarkan cepat.

Oleh itu pihak TRO masih merayu kepada blog-blog umum akan dapat membantu kami dengan menghantar url-url anda kepada kami. Dan untuk lebih jelaskan lagi, anda boleh pergi ke TRO 2 (Klik Sini) 

Jika anda sudah berada di TRO 2, pastikan anda kebahagian bawah di sebelah kanan kerana di situ ada senarai blog-blog umum. Pastikan blog anda ada di sana, jika tiada maka maklumkan kepada kami.

Sekian terima kasih
Webmaster
TRO
TRO 1
TRO 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak TRO tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang dihantar. Ini kerana TRO tidak sesekali menapis komen yang anda hantarkan. Oleh itu janganlah menggunakan bahasa yang kesat atau lucah. Segala cadangan atau teguran akan diambil kira.